Sunday 2 October 2016

Ps2 FreeMcboot

Assalammualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Hari ni saya nak terangkan pasal satu program namanya FreeMcboot(FMCB).

Apa itu FreeMcBoot?
FreeMcboot merupakan singkatan kepada FreeMemoryCardBoot. FreeMcboot ni juga merupakan 'mod' yg di install pada memory card ps2. Pernah tak korang terfikir untuk main ps2 dengan hanya menggunakan usb thumbdrive? Dengan FreeMcboot ni korang boleh main game guna thumbdrive, tak payah pakai cd.

Adakah FreeMcboot ini kekal?
Tidak. FMCB ni di install pada memory card ps2. Bila korang pasangkan memory card ini pada ps2 korang, maka ps2 korang akan boot FMCB homebrew. Bila korang cabut balik memory card tersebut dan restart ps2 korang, maka ia akan 100% kembali kepada sediakala. Segala magis FMCB itu berlaku hanya dalam memory card dan ianya langsung tidak melibatkan sistem dalaman ps2 korang.

Macam mana nak install FreeMcboot ni?
FreeMcboot ni senang nak di install, dan apa yang diperlukan ialah:
1. Memory Card Ps2 yang mempunyai ruang sekurang2nya 4mb.
2. Pendrive sekurang2nya 4gb
3. CD kosong
4. ImgBurn
5. Secawan kopi(gurau ja... Jgn marah, nanti kena jual. Hehehe)

Cara nak install FreeMcboot
1. Mula2, download FreeMcboot.iso (download link ada dihujung post)
2. Masukkan CD kosong pada laptop/komputer korang. Kalau dia ada tanya 'how do you want to use this disc' , korang pilih 'with a CD/DVD player'.
3. Install imgburn(download link ada dibawah) dan lepas dah berjaya install, pilih 'Write image file to disc'. Pilih file yang korang nak burn iaitu FMCB.iso tadi. Setkan speednya pada MAX. Lepas tu tekan gambar cd tu.

4. Bila dah siap, play cd tu pada ps2 korang dan nanti akan keluar FreeMcboot punya menu. Pilih 'multi install', tekan 'yes' dan tunggu sampai installation siap.
5. Bila dah siap, pilih 'launch fmcb' ataupun reset semula ps2 korang dan pastikan logo FreeMcboot dan Homebrew FreeMcboot ada. Kalau ada maknanya tahniah anda dah berjaya. Tapi kalau tak ada, jangan bimbang, kita gunakan plan B.
Menu FMCB 

Multiversion Install

Homebrew FreeMcboot

6. Download FreeMcboot ver1.9(link ada dibawah) extract file dan copy semua file FCMB ver1.9 dalam pendrive.
7. Cucuk pendrive pada ps2 anda dan play CD tadi sekali lagi.
8. Bila keluar FreeMcboot menu, pilih FCMB Configurator. Kemudian tekan button bulat'O'. Dan pilih 'return to loader'.

Fmcb configurator, pilih return to loader.

9. Lepas tu tekan bulat, dan lepas tu pilih 'mass' dan kemudian cari dan tekan file 'FMCBinstaller.elf'
Tekan button bulat 'O'

Pilih folder 'mass'. Mass ni ialah pendrive korang, kalau MC0 tu memorycard slot1,MC1 pulak memorycard slot2.


10. Pilih 'multiversion install'. Dah selesai install sila reset semula ps2 anda.
*Nota: Beza normal dan multiversion ialah normal install ialah kita install untuk pada model ps2 kita sahaja. Multiversion install untuk semua model ps2.

CARA UNTUK MAIN GAME PS2 GUNA USB THUMBDRIVE
Untuk main game ps2 guna pendrive kita perlukan aplikasi OpenPs2Loader(OPL). Format game yang boleh dibaca oleh OPL ni ialah format .iso dan format .ul. Ada 2 format sebab kadang2 game .ul xboleh buka, tapi bila game .iso boleh buka, begitulah juga sebaliknya. So, terpulang pada korang untuk pilih yang mana. Orang kata try and error.

Ada 2 cara untuk korang dapatkan game Format .iso
1. Cara yang pertama ialah download daripada website, tapi anda mesti mempunyai data internet yang banyak. Sebab saiz game iso kat laman web besar2. Antara laman web yang banyak menyediakan iso ialah Emuparadise, isozone dan lain2.
2. Cara yang kedua ialah guna imgburn. Ambil cd ps2 game yang korang ada contohnya pes2011, lepastu pasang dalam laptop dan buka imgburn. Pada menu imgburn pilih 'Create image file from disc'. Pilih folder mana yang anda nak letak game tu.(kalau boleh buat new folder pastu rename kepada ps2 game letak kat desktop atau mana2 tempat yang korang senang nak jumpa.) Then klik je ikon cd kat bawah tu. Tunggu sampai siap. Bila dah siap, download fixiso(link ada dibawah) dan letakkan fixiso tu dalam folder ps2 game tadi. Klik je fixiso tu 2-3kali, banyak kali pun xpe. Nanti dia akan automatik rename game tu mengikut gamecode yg boleh difahami oleh OPL. Contoh, SCUS_973.28.PES2011.iso

Untuk Format .ul korang download USButil(link download ada dibawah). Unzip dan letak kat desktop. Selanjutnya boleh tengok tutorial dalam video dibawah.



Cara untuk main game ps2 guna pendrive.
1. Download OpenPs2Loader (link ada dibawah)
2. Format pendrive korang kepada format FAT32 dan 16kb.
3. Transfer OPL dalam pendrive. Lepastu create folder CD dan folder DVD. Lepastu game korang yang format .iso tu letak dalam folder DVD.
4. Kalau game format .ul pulak, jangan letak dalam folder, biarkan dia bebas tanpa folder dalam pendrive tersebut.
5. Bila dah selesai letak OPL dan game dalam pendrive, maka bolehlah kita cucuk pendrive kita pada ps2.
6. Buka ps2 dan pada homebrew FMCB, pilih UlaunchElf, tekan button bulat(O), pastu pilih 'Mass' dan cari OPL.elf.
7. Buka OPL.elf dan betulkan settingnya seperti dalam gambar dibawah.

Setting untuk OPL
Save setting OPL. Bila dah save tekan button Start.

8. Dah selesai tekan button start, pastu tekan button X, dan pilihlah game yang korang nak main. 

Tekan button X

Pilih game yang korang nak, pastu tekan button X

Terima kasih sudi membaca, maaf salah dan silap dan selamat mencuba serta selamat berjaya. ^_^

*Nota: Untuk format .ul, Hanya boleh isi satu game dalam pendrive, nak isi banyak2 boleh, tapi nanti yang file .ul tu kena rename. Leceh sikit. Sebab nanti nak tukar game kena cucuk pendrive kat laptop semata2 untuk rename. Kalau saya, guna android phone, agak senang sikit sebab rename kejap je, pastu connect as usb storage.

Download Link:
(Cara download, klik link, dan tunggu 5 saat pastu tekan SKIP AD)
Download Freemcboot Installer
Download FreeMcboot 1.9
Open ps2 loader 0.9.3

Download Imgburn

Download Usb Util Ver 1.0 & 2.0
Donwload Fixiso
Download Rar Extractor for PC and Android
Download 7zip Extractor

In case if the download link above is dead or not working, try this link below.

Freemcboot iso (burn it on cd/dvd)
https://www.mediafire.com/view/gcu36q4g9d77pgf

Freemcboot 1.9
https://www.mediafire.com/download/seulxad71mu2d78

Open ps2 loader
https://www.mediafire.com/folder/12bslvxw69dlu0g,8ogolfg8pr1jz83

Disk defrag
https://www.mediafire.com/download/ya3to5hziz560ig

Img burn
https://www.mediafire.com/download/fsgvul6qd7k9bll

Usb util-2.0
https://www.mediafire.com/download/jqtq92pr844yb86

3 comments:

  1. Replies
    1. Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK Fk

      Delete
  2. Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Mcboot Tutorial: Ps2 Mcboot >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK GQ

    ReplyDelete